Tempoh reman suspek kes bunuh isteri dan bayinya berusia tiga bulan di sebuah rumah dekat Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, disambung tujuh hari lagi.<br /><br />Perintah reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Suhaila Shafiuddin selepas polis membuat permohonan lanjutan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Isnin.